21
Mon, Oct
10 Artikel Baru

Pelihara keharmonian, elak provokasi agama

Berita
Typography

KEHARMONIAN bermasyarakat dalam sebuah masyarakat wajib dipelihara, kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata, ia berlaku dengan masing-masing tidak melakukan tindakan bersifat provokasi terhadap agama lain atau tokoh agama lain.

Justeru, katanya apabila Dr Zakir sebagai tokoh pendakwah muslim diganggu dengan beberapa tindakan provokasi, maka ia tentu mengundang tindak balas daripada pihak muslim yang lain.

Menurutnya, puisi Dr Asri mungkin salah satu tindak balas atas tindakan provokasi terhadap Dr Zakir Naik.

"Pelbagai pihak mungkin ada sudut pandang berbeza dalam mentafsirkan suatu ungkapan bernilai sastera kerana ia membuka ruang tafsiran bersifat subjektif," ujarnya menerusi tulisan dalam laman facebook beliau.

Namun, katanya jika satu pihak tidak memulakannya maka tiadalah tindak balas seumpamanya.

"Maka semua pihak perlu segera menghentikan sebarang provokasi bersifat keagamaan," ujarnya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus mnambah, negara ini meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan yang perlu diberikan penghormatan.

"Agama lain juga berhak untuk diamalkan dalam ruang lingkup yang dibenarkan oleh perlembagaan. Ia juga perlu dihormati," katanya. - HARAKAHDAILY 24/4/2017