23
Tue, Jul
31 Artikel Baru

Wajib taawun demi penyatuan ummah

Dr Johari Mat menyampaikan cenderahati kepada wakil Jabatan Arkib & Persejarahan PAS Terengganu Mohd Draman.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kerjasama atas nama penyatuan ummah yang berlaku sekarang menjadi kewajiban dilaksanakan bagi kepentingan negara dan kemakmuran ummah.

Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dato’ Dr Johari Mat berkata, dalam situasi sekarang kerjasama berpaksikan Islam menjadi satu keperluan.

“Dalam bahasa mudah kita sebut wajib kerjasama tersebut dengan mengambil kira keadaan yang berlaku sekarang di mana ancaman terhadap Islam dan ketuanan Melayu semakin jelas,” katanya di sini.

Pada muktamar di Kuantan 23 Jun lepas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dato’ Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh menyifatkan menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah perkara wajib dilakukan.

Menurutnya matlamat itu boleh dicapai menerusi taawun demi kepentingan Islam antara PAS dan Umno serta parti politik bukan Islam yang tidak ekstrem.

Dr Johari yang juga Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG) berkata, kerjasama politik dengan Umno dalam situasi sekarang jauh berbeza dengan suasana pada 1973.

“Sekarang Umno sudah ada tidak kuasa dalam kerajaan untuk mengulangi apa yang pernah berlaku sebelum ini,” ujarnya.– HARAKAHDAILY 11/7/2019