23
Tue, Jul
31 Artikel Baru

Promosi sukan sebagai ibadah di Kelantan

Berita
Typography

KOTA BHARU: Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan akan mempromosi sukan sebagai ibadah pada Karnival Sukan Kelantan (Kasukel) 2019, 1 Ogos hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, sukan patuh syariah itu meliputi pematuhan pakaian menutup aurat selaras dasar Membangun Bersama Islam.

Katanya edisi pertama kejohanan itu akan melibatkan 17 acara sukan yang akan diadakan di 16 lokasi.

“Lokasi Kasukel termasuk Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO Negeri di pejabat Majlis Sukan Negeri Kelantan, hari ini.

Wan Roslan juga berkata, penganjuran Kasukel untuk mencungkil bakat baharu yang akan mewakili negeri itu ke Sukan Malaysia (Sukma).

Katanya kejohanan pertama kali diadakan itu melibatkan pelbagai agensi termasuk Majlis Sukan Negara dan kerajaan negeri.

Kata beliau karnival tersebut bagi mengenal pasti bakat baharu yang akan diketengahkan Persatuan Sukan Negeri serta mewujudkan semangat setiakawan dalam kalangan mereka.

"Kita adakan Kasukel sebagai program dwi-tahunan, selain persediaan untuk menghadapi Sukma yang juga diadakan dua tahun sekali,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 11/7/2019