23
Tue, Jul
31 Artikel Baru

Fitnah yang dihidupkan

Berita
Typography
MUFTI Wilayah, biarpun beliau bukan ahli PAS dan tidak menyokong PAS dan juga parti-parti lain kerana jawatannya, beliau menjaga tulisan dan kalam beliau, terutama hal yang melibatkan fitnah. Seboleh-bolehnya beliau akan cuba menghapuskan masalah, sanggup berjumpa dengan individu yang buat masalah untuk diajak kembali ke jalan Allah. Sama ada isu melibatkan politik ataupun tidak.
 
Dr Zulkifli tidak kurang dan banyak kali semasa sebelum menjadi mufti, berjumpa Presiden PAS dan Ketua Dewan Ulamak PAS, Almarhum Dato' Ustaz Harun Taib terutama ketika hari raya untuk menziarahi dan berbincang berkenaan ilmu. Siapa yang hebat, siapa yang pandai, bukanlah menjadi ukuran, tetapi keharmonian itu yang penting kerana mereka bukannya berdebat atau berbalah. Tidak dinafikan Pak Mufti Perlis juga pernah berjumpa dengan kedua-dua tokoh ini, tapi tidak sekerap Dr Zul.
 
Menghormati keilmuan seseorang, adalah sikap merendah diri yang terpuji, yang dimiliki oleh ulamak. Apatah lagi Dr Zul berasal dari Terengganu, beliau tentulah lebih maklum dan faham keadaan fitnah yang berlaku akibat pertembungan politik dahulu berbanding Mufti Perlis yang nun jauh di sana, di Pulau Pinang. Oleh kerana Dr Zul memahami isu, maka beliau mendiamkan diri daripada membangkitkan fitnah yang celaka itu.
 
Manakala Mufti Perlis, secara jelas cuba menghidupkan semula api fitnah puluhan tahun dahulu. Mungkin mufti sudah kehilangan kitab yang membahaskan berkenaan larangan Rasulullah perihal jangan menggerakkan fitnah yang sedang tidur. Semua orang tahu bahawa, dalam mana-mana kumpulan, akan ada ekstremis. 
 
Ekstremis ialah tanda yang digunakan oleh si kafir seperti US untuk memberikan gambaran kepada betapa jahatnya Islam, dan tentunya kita amat marah serta benci kerana ia bukan indikasi yang betul. Cara yang sama digunakan Mufti. Beliau ikut US rupanya, bukan Rasulullah.
 
Jadi sepatutnya Mufti boleh memahami betapa bahayanya akan situasi 'pukul borong' yang beliau sedang lakukan ini. Adakah boleh kita katakan Mufti ini sebagai kaki fitnah apabila hantaran beliau (yang kemudian beliau dakwa Admin) dengan jelas memfitnah Jabatan Amal PAS berkenaan kes bakar kereta yang kemudiannya terbukti salah? 
 
Tentunya tidak betul kaedah sebegitu walaupun beliau ada Admin peliharaan yang berkelakuan sedemikian. Jangan lupa, Mufti juga pernah berkata kepada penganut Hindu sebagai 'penyembah lembu' ketika isu Dr Zakir Naik hendak dibawa pulang ke India. Allah melarang kita menghina tuhan sembahan orang kafir. Jadi ke mana sebenarnya pergi ilmu Quran dan hadis Mufti ini?
 
Maka di manakah kewarasan pemikiran oleh sang Mufti apabila dia menggerakkan fitnah yang sedang tidur dengan menuduh PAS dengan isu nikah dua kali, sembelihan tidak sah, solat dua imam? Dan adakah ada arahan khusus boikot Umno itu dari pimpinan PAS ketika itu? 
 
Jika Amanat Haji Hadi hendak dijadikan asas, dua perkara yang patut Mufti cadang terlebih dahulu sebelum memutuskan hal lain iaitu bentuklah jawatankuasa penyiasatan terbuka atau beri peluang kepada tuan badan menjawab selama sejam di TV sebagaimana permintaan beliau dahulu. Jika ia gagal dipenuhi dan Mufti masih menyalak dengan salakan sumbang, ianya hanya akan membuatkan Siti Kasim tersenyum girang sambil mengenyit mata.
 
Atau mungkin Pak Mufti dari kalangan PH juga? Berusaha dan cuba memecahkan kesatuan Islam antara PAS dan Umno yang sedang dibina? Sepatutnya Mufti gembira Melayu-Islam hendak bersama. Dan manakah suara Pak Mufti kepada sahabat baiknya dari Simpang Renggam yang jelas membuat janji PRU tapi tak ditunai sehingga sekarang? Simpang Renggam itu ialah ulamak Ikram, takkanlah mungkir janji itu ikut sunnah? Dulu dalam puisi si Mufti dengan garang melampiaskan amarah kepada kerajaan,
 
'Jika tidak minyak kereta, kenapa tambang tidak potong sahaja....entah berapa kali janji'' 
 
Itulah antara bait sajak Mufti. Ianya juga masih releven untuk isu tol dan PTPTN. Jadi mana pergi syair ini? Bagi aku, sangat sesuai 'bodoh' yang TGNA hadiahkan khas kepadaMufti yang Allahyarham panggil sebagai 'mamak penjual rempah' dahulu.
 
Jadi nampak tak beza antara dua Mufti, satu cerdik, berakhlak, faham dan bertindak mengikut kehendak agama. Satu lagi nampak macam bodoh, buruk perangai, macam buat-buat faham dan bertindak berlawanan dengan kehendak agama.
 
MOHD NASIR ABDULLAH
Bukit Payong, Marang - HARAKAHDAILY 12/7/2019