23
Wed, Oct
41 Artikel Baru

PAS-Umno Nibong Tebal mulakan langkah ta'awun

Berita
Typography

NIBONG TEBAL: PAS Kawasan Nibong Tebal telah mengadakan pertemuan mahabah bersama Umno Bahagian Nibong Tebal pada satu majlis di Dewan Fatoni Tomyam, Simpang Tiga, di sini semalam.

Pertemuan julung kali kedua pihak ini telah dipengerusikan Yang DiPertua PAS Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff dengan kedua-dua pihak memulakan perkenalan dengan sesi ta'aruf.

"Ta'aruf ini akan jadi permulaan kepada kebersamaan kita untuk ta'awunyakni tolong-menolong untuk kepentingan Islam di bumi Malaysia," ujar beliau.

Ketua Umno Nibong Tebal, Shapie Abu Kassim dalam ucapannya menyifatkan penyatuan kedua pihak dari parti terbesar negara menjadi hikmah yang buat umat di Malaysia.

"Terlalu banyak kepincangan yang dilakukan oleh Kerajaan PH dikuasai DAP terutama melibatkan kepentingan Melayu dan Islam," ujar beliau.

Timbalan Yang DiPertua PAS Nibong Tebal, Ustaz Syukri Yunus menyatakan bahawa sejarah penyatuan kedua parti ini akan menjadi pemangkin meneruskan agenda ta'awun.

Ikatan kedua pihak diteguhkan dengan sandaran kepada Allah di mana majlis diakhiri dengan doa oleh Ketua Ulamak PAS Nibong Tebal, Ustaz Rijaluddin Yahya. - HARAKAHDAILY 13/7/2019