20
Thu, Jun
42 Artikel Baru

R terharu tuanku prihatin tuntutan royalti

Berita
Typography

ROYALTI Kelantan (R) merakamkan ucapan tahniah kepada Sultan Muhammad V di atas pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia XV.

Presiden R, Nazri Deraman berkata R merafak sembah setinggi-tinggi tahniah di atas pemilihan tuanku sebagai Yang di-Pertuan Agong XV dan ditabalkan semalam.

Katanya pihak R menjujung titah terhadap kesungguhan tuanku bagi memastikan royalti petroleum menjadi milik rakyat Kelantan.

Ini dibuktikan pada 16 Jun 2013 ketika merasmikan pembukaan Dun Kelantan, baginda bertitah penyelesaian isu tuntutan bayaran tunai royalti petroleum dapat diselesaikan mengikut perjanjian yang ditandatangani.

Pada 1 Mac 2012 ketika merasmikan Dun, Sultan Muhammad V berharap gas dapat didaratkan di negeri ini kerana Kelantan sudah menyediakan zon industri Petroleum di Bachok seluas 4,000 ekar sejak awal 1990-an.

Nazri juga berkata, tuanku pernah berkenan mencemar duli menandatangani plak sokongan perjuangan menuntut royalti Petroleum Kelantan. – HARAKAHDAILY 25/4/2017