18
Wed, Sep
33 Artikel Baru

Muslimat sedia pertahan Kelantan

Berita
Typography

MUSLIMAT PAS Kelantan mempersiapkan jentera di semua peringkat dalam misi mempertahankan kerajaan di bawah kepimpinan ulama yang kini berusia 27 tahun.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof berkata gandingan pimpinan lama dan baru diharap membuahkan hasil yang cukup baik bagi mempertahankan kerajaan negeri.

Katanya, pengalaman yang ada dalam kalangan pimpinan muslimat diharap dapat digarap sebaik mungkin.

“Saya juga berharap saf kepimpinan baru di peringkat kawasan bagi sesi 2017-2019 berusaha keras memandangkan masanya begitu singkat sekarang.

“Kita sudah tiada masa untuk berehat panjang dan leka dengan perkara yang tidak memberi keuntungan kepada perjuangan Islam,” katanya pada program anjuran Muslimat Dun Panchor di Pengkalan Chepa.

Turut hadir anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin.

Pada muktamar Dewan Muslimat PAS Negeri baru-baru ini Siti Zailah menang tanpa bertanding. Begitu juga Wan Ubaidah Omar mengekalkan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri dan Rohani Ibrahim (naib ketua).

Mumtaz Md Nawi juga kekal sebagai Ketua Penerangan. – HARAKAHDAILY 25/4/2017