19
Thu, Sep
52 Artikel Baru

Pemuda PAS Perlis sedia hadapi pengundi baru

Berita
Typography

KANGAR: Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis mengalu-alukan keputusan kerajaan yang telah meminda Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 berkaitan kelayakan umur mengundi daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun dan kelayakan menjadi calon diturunkan kepada 18 tahun.

Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Muhamad Azmir Azizan menyambut baik pindaan itu dan melihat ianya sebagai satu cabaran untuk memberi pendedahan kepada generasi muda tentang peri pentingnya mengetahui selok belok politik Islam.

"Ianya bersesuaian dengan konsep Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dibawa PAS.

"Maka kami bersiap sedia menyusun jentera untuk mendekati mereka dengan menganjurkan program penerangan kepada generasi muda," katanya.

DPPNPs juga menyeru agar generasi muda menyambut baik pindaan ini demi kelangsungan dan kestabilan negara Malaysia.

"Mereka mesti mengetahui dan menguasai ilmu-ilmu berkaitan dengan politik yang berteraskan Islam kerana suatu hari nanti mereka akan menggantikan kepimpinan negara," ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 21/7/2019