17
Tue, Sep
45 Artikel Baru

Ziarah dan usrah rutin Muslimat Teras Jernang

Berita
Typography
BANGI: Muslimat PAS Cawangan Teras Jernang telah mengadakan Ziarah Lujnah Kebajikan yang dilaksanakan di sekitar Teras Jernang, Bandar Baru Bangi, di sini semalam.
 
Usaha itu sebagai mengerat silaturahim untuk saling berkenalan, menghormati, bekerjasama dan memahami antara anggota Muslimat dengan para penduduk yang dilawati.
 
Ziarah dipimpin Ketua Muslimat PAS Terang Jernang, Siti Rahmah Ujang itu bermula jam 3 petang dengan mengunjungi pesara guru, Ustazah Mastura Abdul Wahid, 70 tahun.
 
Turut dikunjungi adalah pengasuh kanak-kanak, Saedah Saheh, 49, yang baru pulang dari rawatannya di Darussyifa', sebelum ahli rombongan solat Asar berjamaah.
 
Dari Surau Ar-Rahmaniyyah seusai solat, mereka mengunjungi pula suri rumah, Norhana Mohd Nordin, 47, yang kembali sihat dan ceria walaupun masih dalam rawatan jantung.
 
Sempena ziarah dwi-mingguan yang diselang selikan dengan usrah itu, Ahli Jawatankuasa turut menyampaikan sumbangan, selain serahan borang ahli PAS sebagai kempen penambahan ahli. - HARAKAHDAILY 21/7/2019