17
Tue, Sep
32 Artikel Baru

Bengkel grafik tingkat usaha penerangan, dakwah

Berita
Typography
HULU LANGAT: Penerangan Dewan Muslimat PAS Kawasan Hulu Langat telah mengadakan Bengkel Grafik Banner dan Poster di Pejabat PAS Hulu Langat, Prima Saujana, di sini pagi ini. 
 
Bengkel separuh hari ini bertujuan memberi kemahiran membuat bahan grafik untuk sebaran maklumat, promosi pemasaran dan penyebaran dakwah dengan mudah dan cepat. 
 
Uniknya bengkel ini menggunakan perisian Microsoft PowerPoint yang lebih mampu milik dan ‘ringan’ berbanding perisian grafik lain. 
 
Para peserta telah menghasilkan tiga bahan grafik iaitu banner untuk cetak, poster dan e-poster testimonial di bawah bimbingan pereka grafik, Syahizah Haripapbilah yang berpengalaman 10 tahun dalam bidang grafik, rekaan web dan pemasaran. 
 
Dari maklumbalas peserta, bengkel ini amat membantu peserta meningkatkan kemahiran kerana teori dan praktikal yang seiring serta perisian yang mudah dikuasai. 
 
“Bengkel ni betul-betul hands-on dan mudah faham. Saya rasa amat berpuas hati dapat hasilkan sendiri banner dan poster yang menarik. Harap penganjur dapat adakan bengkel video marketing sebagai kesinambungan (bengkel) hari ini,” ujar peserta, Hidayah Kassim dari Bandar Sri Putera. - HARAKAHDAILY 21/7/2019