19
Thu, Sep
43 Artikel Baru

ToT Kor Munajat AKIFI lahir pembimbing terlatih

Berita
Typography

GOMBAK: Muslimat PAS Kawasan Gombak telah mengadakan Training of Trainers (ToT) Kor Munajat AKIFI melibatkan kira-kira 100 peserta di Markas PAS Hulu Kelang, di sini kelmarin.

Terdahulu, kor yang diaktifkan seiring semangat dan arahan Dewan Muslimat PAS Malaysia itu telah dilancarkan sempena Mesyuarat Agung Muslimat PAS Gombak pada Mac lalu.

Peserta bengkel yang dikendalikan Lajnah Dakwah Muslimat PAS Gombak ini adalah Pemimpin Munajat dari setiap PAS Cawangan meliputi tiga Dun; Hulu Kelang, Gombak Setia dan Sungai Tua.

Menerusi ToT ini, peserta dilatih untuk memimpin bacaan di Cawangan masing-masing mengikut cara bacaan yang betul dan menepati panduan digariskan Kor Munajat Akifi Dewan Muslimat PAS.

Selain itu, ToT ini dilihat telah memupuk kemahiran kepimpinan dan melahirkan penggerak kepada agenda dakwah Muslimat PAS dalam kalangan masyarakat.

Aturcara program ini dipimpin sendiri Ketua Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh bermula solat Isyak dan hajat, diikuti taklimat, taujihat, sesi ToT, soal jawab dan doa wehdah.

Ketua Muslimat PAS Gombak, Dr Mardhiah Hayati Salleh berkata, pihaknya menerima permintaan tinggi penduduk sekitar tanpa mengira latar belakang untuk melakukan munajat di rumah mereka.

Sehubungan itu harapnya, ToT ini dapat menyediakan Pemimpin Munajat berkemahiran di mana beliau yakin mampu dijayakan berdasarkan kerjasama dan kesungguhan peserta program ini. - HARAKAHDAILY 21/7/2019