17
Tue, Sep
32 Artikel Baru

Akademi Ameerah bakal lahir ikon Muslimat Muda

Berita
Typography
SHAH ALAM: Ameerah Kawasan Shah Alam telah menganjurkan program Akademi Ameerah yang dilangsungkan di SRITI TTDI Shah Alam, di sini kelmarin.
 
Program ini telah dirasmikan Ketua Muslimat PAS Shah Alam, Wan Sawiah Wan Nik dan turut dimeriahkan oleh pimpinan Muslimat PAS dari pelbagai peringkat. 
 
Academy Ameerah bertujuan menggilap potensi diri dan melahirkan ikon 'public figure' dalam kalangan Muslimat Muda Shah Alam dengan bimbingan para panel berpengalaman. 
 
Program bertemakan 'Seni Bicara Pengucapan Awam' ini dijalankan sebanyak lima siri dengan setiap peserta akan melalui aktiviti dan modul yang telah disusun.  
 
Bakal ikon-ikon Muslimat Muda ini juga akan dibimbing oleh seorang panel tetap yang bersama dengan mereka dari awal sehingga tamat program ini berlangsung.
 
Menurut Ketua Ameerah Shah Alam, Nur Aida A Chee, Akademi Ameerah ini akan melahirkan lebih ramai pelapis Muslimat Muda yang akan menjadi agen PAS dalam melahirkan masyarakat cakna politik terutamanya di Shah Alam. 
 
Beliau juga melahirkan Harapannya semoga kelahiran ikon ini mampu menjadi hadiah permata buat ummah suatu hari nanti. - HARAKAHDAILY 22/7/2019
IMG 20190722 WA0024