19
Thu, Sep
39 Artikel Baru

PAS Perlis gabung pemimpin lama, baru

Berita
Typography

KANGAR: Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis (BPPNPs) secara keseluruhannya masih mengekalkan kepimpinan sedia ada bagi sesi 2019-2021 kecuali bagi beberapa jawatan utama dan sedikit perubahan portfolio.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata bagi sesi kali ini, tiada perubahan drastik bagi kepimpinan PAS Perlis kecuali menampilkan orang muda bagi jawatan Ketua Penerangan.

“Beliau merupakan Dr Saifizi Saidon, yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis.

“Selain itu, Ketua Dewan Ulamak, Ketua Dewan Pemuda dan Ketua Dewan Muslimat masih mengekalkan orang yang sama.

“Cuma untuk Pengarah Pilihan raya, kita melantik orang yang berpengalaman luas dan tahu selok belok negeri Perlis iaitu Abdul Karim Mat Rejab,” katanya.

Ujarnya lagi, PAS Perlis mengucapkan tahniah dan takziah terhadap amanah yang diberikan dan berharap seluruh ahli BPPNPs akan melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Senarai kepimpinan PAS Perlis 2019-2021.

Pesuruhjaya:
YB Mohd Shukri Ramli

Timbalan PJ I:
Ustaz Yussaine Yahya
    
Timbalan PJ II:
Russele Eizan
 
Timbalan PJ III:
Abd Karim Md Rejab

Setiausaha:
Baharudin Ahmad

Ketua Dewan Ulamak:
Ustaz Idris Yakoob

Ketua Dewan Pemuda:
Ustaz Azmeer Azizan

Ketua Dewan Muslimat:
Ustazah Latipah Mat
   
Bendahari:  
Mohd Zulkefli Arof

Ketua Penerangan:
Dr. Saifizi Saidon
 
Pengarah Pilihan raya:
Karim  Mat Rejab

3 orang Penolong Setiausaha:

Penolong Setiausaha I: YB Mohd Ridzwan Hashim
Penolong Setiausah II: Solahhudin Azmi
Penolong Setiausaha III: Azman Jab - HARAKAHDAILY 22/7/2019