17
Tue, Sep
32 Artikel Baru

Berbasikal dari Balik Pulau rentas ke Teluk Bahang

Berita
Typography
BALIK PULAU: Alternative Cycling Club (ACC) Kawasan Balik Pulau telah menganjurkan program Ukhwah Ride 1.0 dengan berbasikal dari Balik Pulau ke Teluk Bahang, di sini kelmarin.
 
Program yang pertama kali diadakan ini berjaya menghimpunkan seramai 15 peserta kayuhan terutama dari kawasan Balik Pulau dan sekitarnya. 
 
Menurut Pengerusi ACC Balik Pulau, Khairul Anuar Yusoff, ACC ialah kelab basikal yang ditubuhkan di bawah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS) Dewan Pemuda PAS Malaysia.
 
Khairul berkata, ia adalah salah satu kaedah dan medium dalam berdakwah dan memupuk semangat persaudaraan di antara peserta, di samping berkongsi minat sama dalam bidang basikal.
 
Selain dapat menyihatkan tubuh badan, para peserta kayuhan juga dapat berkenalan antara satu sama dan berbasikal sambil menikmati khazanah alam, hutan dan bukit bukau. 
 
Turut sama dalam program ini adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Fauzi Yusoff merangkap Penaung ACC Balik Pulau dan Yang DiPertua PAS Balik Pulau.
 
Bagi Peminat basikal yang ingin turut serta bersama ACC Balik Pulau boleh hubungi Khairul di talian 013-416 6292 dan boleh ikuti laman Facebook DACS Balik Pulau di https://facebook.com/dacsbalikpulau untuk maklumat lanjut. - HARAKAHDAILY 23/7/2019