19
Thu, Sep
52 Artikel Baru

Generasi baru AMAL bina kekuatan bersama otai

Berita
Typography
BUKIT MERTAJAM: Program Tautan Mahabah Membina Ukhwah anjuran Jabatan Amal Malaysia (AMAL)  Kawasan Bukit Mertajam telah berlangsung dengan meriah di Markas PAS Bukit Teh, di sini kelmarin.
 
Program ini bertujuan untuk mengumpulkan otai-otai dalam kalangan veteran AMAL Bukit Mertajam bersama pelapis baru ke arah memotivasikan lagi semangat perjuangan mereka.
 
Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran Naib Yang DiPertua PAS Bukit Mertajam, Adnan Yusof dan Ketua Penerangan PAS Bukit Mertajam, Azmi Jamri yang bersama merangsang semangat anggota.
 
Komandan Amal Bukit Mertajam, Arif Md Nopiah melahirkan harapannya agar generasi orang lama boleh membantu dalam semua perkara dan mendaftarkan anak-anak mereka sebagai ahli AMAL, sekali gus menjadi benteng Islam.
 
Selain dari ucapan dan pesanan dari pimpinan PAS Kawasan, hadirin  juga dijamu dengan pulut durian hasil sumbangan ramai dan juga PAS Cawangan Bukit Teh.
 
Penganjur juga berharap mengadakan program ini setahun sekali bagi mengenalkan generasi baru dan merapatkan ukhuwah dengan otai-otai yang msaih aktif dalam parti sama ada di peringkat Cawangan atau Kawasan. - HARAKAHDAILY 23/7/2019