19
Thu, Sep
40 Artikel Baru

Kenapa perbuatan hina Nabi berulang di era PH?

Berita
Typography
KUALA LUMPUR: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) telah membuat laporan polis di IPD Dang Wangi berkaitan seorang wanita Cina yang memuat naik gambar penghinaan amat keji terhadap Rasulullah S.A.W.
 
Exco Gerakan Pembela UMMAH, Ustaz Masridzi Sat berkata, gambar karikatur tersebut menggambarkan seekor khinzir berwajah manusia yang sedang meliwat baginda Rasulullah S.A.W.
 
"Ini adalah satu penghinaan melampau yang terus berulang walaupun kita telah membuat bantahan serta laporan tetapi golongan tersebut tidak pernah jemu.
 
"Mereka terus terusan memainkan sentimen agama dan mencetuskan kemarahan kepada orang Islam serta sentimen sensitif kepada masayarakat majoriti di negara ini," ujarnya.
 
Oleh itu, pihak UMMAH akan menggerakkan ummah dari setiap negeri untuk membuat laporan yang sama.
 
Beliau berharap tindakan lebih tegas dikenakan terhadap penghinaan ini sebagaimana kes karikatur isteri Nabi Muhammad S.A.W terdahulu yang dilakukan seorang lelaki Cina dan telah dikenakan hukuman mahkamah.
 
"Dengan berulang lagi kes seperti ini, hukuman yang dikenakan akan lebih berat terhadap pemilik akaun facebook tersebut.
 
"Ini juga sebagai tanda ingatan bahawa kami tidak mencampuri urusan politik tetapi jangan gunakan politik dan sentimen kebencian untuk menghina agama kami," tegasnya.
 
Beliau terus mengingatkan bahawa kaum Melayu tidak pernah rasis bahkan turut meraikan kaum lain dengan aman sejak merdeka lagi.
 
Bagaimanapun katanya, sejak kebelakangan ini di bawah Kerajaan PH, terlalu kerap penghinaan demi penghinaan kepada Islam, kaum Melayu dan Nabi Muhammad S.A.W.
 
Oleh itu, pihak UMMAH menggesa kerajaan supaya celik mata kerana penghinaan sebegini melambangkan bahawa kerajaan masih gagal untuk menjaga keharmonian agama, kaum dan negara.
 
Tambah beliau, tidak ada tindakan yang boleh menghentikan mereka daripada terus melakukan provokasi seolah-olah ingin mencetuskan rasis perkauman dan huru-hara di negara ini. - HARAKAHDAILY 23/7/2019