21
Sat, Sep
28 Artikel Baru

Bekalan air di tujuh wilayah pulih

Berita
Typography

KUALA LUMPUR: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), ahli kumpulan Air Selangor memaklumkan bekalan air di kesemua kawasan di Wilayah Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran insiden pencemaran air mentah telah pulih.

“Keprihatinan semua pelanggan dan pengguna yang terjejas dalam memberikan kerjasama sepanjang pihak kami melaksanakan proses pemulihan bekalan ekoran insiden pencemaran air mentah dan hentitugas loji-loji utama ini amatlah dihargai,” ujar Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad dalam siaran media, pagi ini..

Tambahnya, Air Selangor merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk kerajaan negeri, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, operator-operator air dari negeri lain serta semua yang terlibat yang telah bersama-sama menghulurkan bantuan sepanjang tempoh gangguan dan pemulihan bekalan.

“Mohon maaf atas segala kesulitan dan pihak kami ingin mengambil perhatian semua pihak untuk bersama menjaga sumber air dan menggunakan air dengan berhemat dan elakkan pembaziran,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 25/7/2019