17
Tue, Sep
45 Artikel Baru

Relai kekeliruan Islam agenda pasca PRU15

Berita
Typography

KOTA BHARU: Agenda utama PAS menjelaskan kekeliruan mengenai Islam kepada masyarakat bukan Islam sekiranya mendapat mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Dato’ Dr Nik Zawawi Salleh berkata, penjelasan mengenai kekeliruan itu penting memandangkan masyarakat bukan Islam memahami Islam dari kaca mata Barat.

Katanya agenda dakwah kepada masyarakat bukan Islam menjadi perkara utama sekiranya taawun PAS dan Umno menguasai Putrajaya selepas PRU 15.

“Ini bukan bermakna kita hendak paksa mereka memeluk Islam sebaliknya bertujuan menjelaskan mengenai Islam dalam konteks sebenar.

“Kekeliruan masyarakat bukan Islam sekarang kerana mereka memahami mengenai Islam dari kaca mata orang Barat,” katanya pada ceramah isu semasa dan jerayawara Dr Zakir Naik The Kelantan Tour di Wisma Tok Guru Pendek malam tadi.

Hadir sama anggota Exco Mumtaz Md Nawi, Adun Salor Saiful Adli Abu Bakar, pendakwah bebas Firdaus Wong dan Timbalan Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi.

Nik Zawawi yang juga ahli parlimen Pasir Puteh berkata, Barat sering melabelkan kesungguhan umat Islam melaksanakan amalan Islam dianggap sebagai pengganas. – HARAKAHDAILY 25/7/2019