19
Thu, Sep
40 Artikel Baru

Tiada tindakan tegas kes hina Islam

Berita
Typography

KOTA BHARU: Kerajaan diharap tidak berdiam diri terhadap pihak yang berterusan menghina Rasulullah SAW.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan Ustaz Mohd Hushaimi Hussian berkata, sikap membisu kerajaan sekarang menggalakkan lagi pihak tidak bertanggungjawab menghina Islam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook bernama Wendy Loong.

Wendy yang menggunakan fb atas nama Kiub Batu Itu Berhala dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW.

Laporan polis itu dibuat Ketua Penerangan Pemuda PAS Kota Bharu  Muhammad Aminuddin Bunyamin.

Turut hadir Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Ustaz Abdul Malik Abdul Karim, Pengarah Jabatan Amal Malaysia Mohd Aliman Ismail dan Bendahari ARC negeri Zolrini Mohd Teh. – HARAKAHDAILY 25/7/2019