21
Sat, Sep
28 Artikel Baru

Rangka langkah awal tarik golongan Wanita Muda

Berita
Typography
BANGI: Satu pertemuan antara Ameerah Kawasan Bangi bersama Wanita ISMA dan Puteri Umno Bahagian Bangi telah diadakan di Pejabat PAS Kawasan Bangi, di sini semalam.
 
Pertemuan tersebut disusun bagi membincangkan aktiviti yang boleh dijalankan bersama antara ketiga-tiga entiti ini ke arah menarik anak muda kepada sukan berkonsepkan Islam.
 
Menurut Ketua Ameerah Bangi, Atiqah Rowi, aktiviti dirancang ini merupakan satu peluang kepada PAS untuk bertemu remaja dan anak muda terutama pelajar Tingkatan 2 yang bakal mengundi tahun 2023 nanti.
 
"Kami berbincang untuk bersama menganjurkan program bowling untuk remaja dan anak muda wanita. Saya kira ini adalah peluang PAS untuk berjumpa sendiri remaja dan melihat kecenderungan mereka sebagai persiapan menghadapi PRU15 nanti," ujarnya.
 
Beliau optimis Ameerah Bangi mampu bekerja keras memastikan anak muda terutama remaja perempuan berpihak pada PAS dengan menonjolkan kepada mereka kebaikan yang dibawa PAS untuk kesejahteraan negara. - HARAKAHDAILY 26/7/2019