25
Sun, Aug
26 Artikel Baru

Kerajaan didesak lucut kewarganegaraan Wendy

Berita
Typography

SEKIJANG: Kerajaan didesak melucutkan kewarganegaraan pemilik akaunFacebook Wendy Loong yang ternyata biadab menghina Allah dan Rasul serta menimbulkan gugatan terhadap ketenteraman awam.

Timbalan Ketua Muslimat PAS Negeri Johor, Normala Sudirman, pelaku mesti diarahkan keluar dari negara ini atas sikap tidak menghormati agama Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan itu.

Beliau bersama Dewan Muslimat PAS Kawasan Sekijang dan juga Pergerakan Wanita Umno Bahagian Sekijang telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat, di sini semalam.

"Sikap ini tidak perlu dimaafkan, sebaliknya kerajaan mesti mengenakan hukuman tegas ini sebagai pengajaran agar ia tidak berulang dilakukan oleh orang lain.

"Penguatkuasaan undang-undang kepada pesalah juga penting sebagai maruah Islam yang diperlekehkan, sedangkan pemimpin negara membisu seolah tiada rasa sensitiviti.

"Cukuplah detik hitam 13 Mei 1969 menjadi sejarah pahit dalam negara suatu ketika dahulu. Bertindak sebelum terlambat, jangan sampai nasi jadi bubur," tegas beliau. - HARAKAHDAILY 26/7/2019

IMG 20190726 WA0003