19
Thu, Sep
39 Artikel Baru

Hina Nabi: Amaran buat pencetus perpecahan

Berita
Typography
DEWAN Pemuda PAS Kawasan Hulu Langat menyokong penuh tindakan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor yang telah membuat laporan polis terhadap pemilik akuan Facebook yang secara terang telah menghina Islam dan Baginda Rasulullah S.A.W melalui sebuah gambar yang dimuat naik ke dalam akaun beliau. 
 
Pemuda PAS Hulu Langat seterusnya bertegas dan memberi amaran akan terus mengambil tindakan mengikut lunas perundangan negara ke atas mana-mana pihak yang berterusan dengan sengaja melakukan serangan dan penghinaan kepada agama Islam. 
 
Justeru itu satu laporan polis telah dibuat bersama Pergerakan Pemuda Umno Hulu Langat malam tadi terhadap kebiadaban Wendy Loong yang menghina Nabi Muhammad S.A.W menerusi karikatur disiarkan di media sosialnya di Balai Polis Kajang. 
 
Pemuda PAS Hulu Langat sekali lagi ingin beri peringatan kepada semua lapisan masyarakat agar terus kekalkan keamanan negara ini dengan memahami konsep keharmonian dan perpaduan kaum dalam negara Malaysia ini.
 
Tindakan biadab seperti yang telah dilakukan oleh Wendy Loong merupakan perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan perpecahan serta perselisihan faham antara kaum dan agama.
 
Pemuda PAS Hulu Langat seterusnya memberi peringatan kepada pimpinan kerajaan terutamanya mereka yang beragama Islam untuk lebih sensitif dalam isu ini dan terkehadapan untuk membela maruah umat Islam. 
 
Sekali lagi Pemuda PAS Hulu Langat menyeru umat Islam tanpa mengira latar belakang politik dan kefahaman harus bangkit menyatakan pendirian yang tegas dalam isu ini supaya ianya tidak lagi berulang. Apatah lagi Islam adalah agama rasmi kebangsaan.
 
"Demi Islam"
"Bangkit: Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah"
 
ZURK AHMAD
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Hulu Langat - HARAKAHDAILY 26/7/2019