19
Thu, Sep
52 Artikel Baru

Cabar Madius Tangau kemuka nama orang itu

Berita
Typography
DEWAN Pemuda PAS Negeri Sabah mendesak agar Datuk Madius Tangau membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Sabah atas kenyataan beliau yang mengundang kegelisahan dalam kalangan masyarakat baru-baru ini.
 
Sebagai seorang Timbalan Ketua Menteri, beliau sepatutnya telah memahami cara hidup dan mengekalkan keharmonian dalam kalangan warga Sabahan. Sebarang kenyataan yang boleh mengugat persepsi negatif perlu dielakkan.
 
Secara logiknya, peristiwa lampau 38 tahun lepas yang digambarkan secara negatif dan dihamburkan kepada khalayak ramai adalah suatu tindakan yang tidak wajar apatah lagi ianya telah menghiris perasaan sesetengah kelompok dalam masyarakat.
 
Apakah kenyataan tersebut sebagai salah satu cubaan meraih politik murahan tatkala rakyat sudah mula muak dengan cara pentadbiran Kerajaan Warisan-PH?
 
Menurut sebahagian kenyataan tersebut yang menyatakan, "38 tahun yang lalu, seorang pemimpin Kerajaan Negeri Sabah berada di Tambunan mengadakan upacara pengislaman beramai-ramai. ...."
 
Maka dengan itu, Pemuda PAS mencabar Datuk Madius Tangau untuk mengemukakan nama pemimpin yang beliau maksudkan dalam kenyataan tersebut supaya dapat diketahui secara jelas oleh masyarakat. 
 
"Islam Memimpin Perpaduan"
 
ZULZAIM HILMEE ABIDIN
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah - HARAKAHDAILY 26/7/2019