19
Thu, Sep
39 Artikel Baru

Hina Islam: PAS bertindak adil ikut perundangan

Berita
Typography
KUALA KANGSAR: Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Mohd Zahid Abu Bakar menyifatkan dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS membuat serangan terpilih dalam isu menghina Islam sebagai suatu kenyataan dangkal. 
 
Dakwaan itu berikutan tindakan PAS membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook Wendy Loong yang menghina Nabi Muhammad, tetapi tidak mengambil tindakan sama terhadap remaja dari Kelantan yang memijak al-Quran.
 
“Adapun di Kelantan, ini (kes) orang Islam yang melakukan (suatu) yang kita panggil perbuatan tersebut sebagai perbuatan maksiat. Memijak al-Quran. Menghina al-Quran. Jadi kita (orang Islam) ada peruntukan dalam hukum Islam terhadap dia sebab dia orang Islam. 
 
“Berbeza dengan pemilik akaun Facebook ni, dia bukan beragama Islam. Ini adalah campur tangan agama lain terhadap agama Islam. Yang mana kita kena buat laporan polis sebab dia mencampuri hak (hal ehwal) agama kita. 
 
"Dan kita tak pernah campur (tangan) hak (hal ehwal) agama dia,” ujar beliau ketika ditemui selepas selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, di sini petang semalam.
 
Laporan polis itu dipimpin oleh oleh Dewan Pemuda PAS Perak dibuat serentak di tiga lokasi lain seluruh negeri Perak dan turut disertai Pemuda PAS Kawasan Padang Rengas, Kuala Kangsar, Sungai Siput, Parit, Lenggong dan Gerik. - HARAKAHDAILY 27/7/2019