17
Tue, Sep
32 Artikel Baru

Pelancaran ARC Bakri cetus usaha khidmat sosial

Berita
Typography

BAKRI: Dewan Pemuda PAS Kawasan Bakri telah mengadakan Majlis Pelancaran Alternative Riding Club (ARC) bertempat di Warung Buruk, Taman Bakri Makmur, Muar, di sini semalam.

Penganjuran tersebut menjadi satu lagi komitmen Pemuda PAS Bakri dalam memperkasa agenda pembangunan sosial masyarakat di mana disertai lebih 50 jentera motosikal pelbagai kelas.

Sempena majlis itu juga para peserta didedahkan mengenai tatacara solat Jamak dan Qasar sebagai rukhsah musafir yang disampaikan Naqib ARC Johor, Ustaz Muhammad Ariff Haron.

Hadir sama pada majlis ini adalah Adun Bukit Pasir, Kapten (B) Najib Lep dan Ketua Pemuda PAS Negeri Johor, Ustaz Ahmad Nawfal Dato' Mahfodz bersama para pimpinan lain yang memeriahkan.

Kapten (B) Najib dalam ucapannya menyeru agar medan permotoran itu dimanfaatkan untuk kegiatan berfaedah dan memberi khidmat sosial kepada masyarakat dan membumikan mesej Islam. - HARAKAHDAILY 27/7/2019