19
Thu, Sep
43 Artikel Baru

PAS Johor bakal realisasi pembinaan KALAM

Berita
Typography
AYER HITAM: PAS Negeri Johor akan membangunkan Kompleks Akademi Latihan Kepimpinan PAS Johor (KALAM) yang akan dimulakan pembinaannya pada tahun ini.
 
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dr Mohd Mazri Yahya berkata, kompleks tersebut dianggar membabitkan kos sehingga RM10 juta dan bakal mengambil masa tiga tahun untuk dilaksanakan.
 
Beliau yang juga Pengerusi Projek KALAM memaklumkan perkara tersebut pada Majlis Makan Malam Pelancaran Dana Pembinaan KALAM di Taman Perdana, di sini semalam.
 
Menurut Dr Mazri, pembinaan KALAM akan melibatkan beberapa bangunan dan fasiliti di mana dijalankan mengikut fasa dan garis masa perancangan yang telah ditetapkan.
 
"Untuk fasa pertama, kita akan jadikan KALAM sebagai pejabat pentadbiran PAS Johor di samping kemudahan dewan seminar berkapasiti 30 hingga 50 orang dan dewan utama untuk sehingga 2,000 orang.
 
"Juga terdapat surau untuk 250 orang dan 19 kafetaria berkapasiti 100 orang. Manakala fasa kedua melibatkan pembangunan sekolah, asrama, bangunan komersial dan kediaman," ujar beliau.
 
Tambahnya, kompleks yang bakal menjadi mercu tanda PAS Johor itu bakal dibina melibatkan sumbangan serta mobilisasi idea dan tenaga para teknokrat di dalam PAS.
 
Antaranya maklum beliau, melibatkan jawatankuasa teknikal seperti perunding diketuai Ir Hamdzah Abdul Rahman, Pace Design Architect, syarikat setiausaha RJO Corporate Service dan Juru Ukur Aufa.
 
Sehubungan itu katanya, makan malam dilancarkan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang itu merupakan inisiatif bagi mengumpulkan dana projek tersebut. - HARAKAHDAILY 28/7/2019
IMG 20190728 WA0017