19
Thu, Sep
40 Artikel Baru

Nelayan ditindas, Anwar tagih sokongan DAP

Berita
Typography
NASIB dan masa depan penduduk khususnya warga nelayan terus terumbang-ambing akibat diperdaya dan diperalat oleh politikus berkepentingan. Presiden PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang muncul lagak hero, akhirnya menyerlahkan hipokrit sebenar dan membuka jalan untuk para penduduk kaum mustad'afin terus ditindas. 
 
Nelayan-nelayan yang mengharap pembelaan pemimpin untuk mengaut bilis-bilis dan ikan kecil di samudera luas lautan, rupanya berdepan jerung lebih ganas dan rakus di daratan. Para nelayan hanya dijadikan boneka untuk menghias dada media oleh pelakon politik yang ghairah berkempen mencari publisiti murahan lagi percuma.
 
Dato' Seri Anwar ternyata memihak mustakbirin Kerajaan DAP Pulau Pinang dan para pemaju terlibat, bahkan menjadi batu loncatan untuk mereka melobi peruntukan Kerajaan Persekutuan. Bermakna, Anwar sebenarnya menjadi khadam, bahkan tunduk patuh untuk merealisasikan agenda DAP.
 
Walaupun Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengumumkan kesediaan mengecilkan skala projek, namun secara tersirat beliau meletakkan syarat bersifat 'paksaan'. Ia sebenarnya langkah beliau untuk mendapatkan kelulusan dan peruntukan secara mudah bagi Penambakan Selatan Pulau Pinang (PSR) yang dibantah ini.
 
Anwar yang ghairah dengan statusnya selaku 'bakal' Perdana Menteri, cuba menjadi tongkat sakti untuk menjayakan kehendak DAP itu. Tetapi, disebalik tawaran kononnya menang-menang itu, menjadi tiket untuk projek itu mencapai sepertimana asal dirancang. Oleh itu, bantahan rakyat ketika ini tidak harus sama sekali dikompromikan.
 
"Islam Memimpin Perpaduan"
 
USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya
PAS Negeri Pulau Pinang - HARAKAHDAILY 28/7/2019