19
Thu, Sep
52 Artikel Baru

Presiden saksi pewakaf serah geran tanah KALAM

Berita
Typography

AYER HITAM: PAS Negeri Johor bakal merealisasikan impian membangunkan Kompleks Akademi Latihan Kepimpinan PAS Johor (KALAM) yang dirancang mula dibina pada tahun ini.

Pemilik tanah, Ismail Kamari telah mewakafkan tanahnya bagi tujuan tersebut dan beliau sendiri membuat penyerahan geran tanah seluas tiga ekar yang terletak di Tanjong Semberong, Batu Pahat.

Detik bersejarah penerimaan oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Ustaz Abdullah Husin itu telah dibuat dihadapan dan disaksikan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, semalam.

Upacara penting ini telah diadakan bersempena Majlis Makan Malam Pelancaran Dana Pembinaan KALAM yang dilangsungkan di Dewan Terbuka Taman Ros/Suria, Taman Perdana, di sini.

PAS Johor turut menyampaikan penghargaan khas kepada Ismail atas sifat kedermawan beliau yang juga merupakan pengasas Sekolah Rendah Tahfiz Integrasi Ismail Kamari (SERTIK).

Ustaz Abdullah dalam ucapannya menyeru agar lebih ramai mengikuti jejak langkah yang diteladankan Ismail, selain menyeru ahli-ahli PAS menjayakan projek mercu tanda PAS Johor ini.

Beliau turut menyifatkan kehadiran parti-parti politik dan banyak NGO ke majlis itu sebagai isyarat untuk bersama meletakkan masa depan lebih cemerlang dakwah dan tarbiyah umat Islam.

Orang ramai juga diseru untuk mengambil peluang beramal jariah di mana boleh terus menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank 5515 9351 2316 atas nama Perhubungan PAS Negeri Johor. - HARAKAHDAILY 28/7/2019