19
Thu, Sep
43 Artikel Baru

Politik perkauman DAP bom jangka buat negara

Berita
Typography
SEPANG: Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan ahli PAS dan Umno bahawa politik yang dimainkan oleh DAP disifatkan seperti permulaan bom jangka paling dahsyat.
 
Polarisasi dan ketegangan kaum antara rakyat Malaysia ketika ini berpunca daripada angkara DAP yang dikatakan berterusan bermain dengan api perkauman.
 
Menurut Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh, secara tidak langsung politik polarisasi DAP telah menyemai rasa kebencian orang Melayu terhadap kaum Cina.
 
Katanya, masyarakat majmuk di negara ini boleh berbangga dengan kejayaan pembinaan negara di bawah acuan PAS, Umno dan BN sehingga membentuk sebuah negara berbilang kaum hidup aman harmoni tanpa sengketa. 
 
"Orang Cina di Malaysia dia boleh berbangga dia sebagai rakyat malaysia, orang India harus dan dia boleh berbangga bahawa dia rakyat Malaysia yang telah dibina bersama PAS, Umno, BN dan sebagainya bukan model DAP.
 
"Kalau DAP memulakan politik polarisasi, dia menanam juga politik kebencian. Dulu orang Cina dilihat berlonggok dalam satu pola yang begitu, hukum fizik kata for every action there will be equal and opposite action.
 
"Secara tak langsung DAP menyuruh orang Melayu tanam rasa benci terhadap orang Cina, cara politik DAP secara tak langsung menyuruh kita mengatur strategi untuk melemahkan ekonomi orang Cina dan sebagainya kerana itu adalah politik polarisasi, politik kebencian yang akan membawa kepada politik kezaliman," katanya.
 
Annuar berkata demikian sebagai penceramah dalam program Ceramah Perdana anjuran PAS kawasan Sepang yang telah diadakan malam tadi di Dewan Serbaguna Bandar Salak Tinggi, di sini. - HARAKAHDAILY 29/7/2019