19
Thu, Sep
52 Artikel Baru

Musuh intai kesalahan kerajaan negeri

Menteri Besar menyerah cek kepada Adun Wakaf Bharu.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Sejak Oktober 1990 sehingga sekarang pihak lawan tidak pernah berhenti bagi mencari kesilapan kerajaan negeri.  

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob berkata, mereka mencari silap kerajaan negeri dengan cara apa sekalipun.

Katanya, isu yang ditemui disebarkan kepada rakyat sebagai kempen untuk memburukkan imej kerajaan negeri.

“Hasrat utama mereka supaya imej kerajaan negeri rosak dan tercalar pada pandangan rakyat,” ujarnya pada majlis penyampaian sumbangan kepada asnaf di peringkat Dun di Kota Darulnaim di sini semalam.

Hadir sama Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Abdullah, wakil-wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan.

Baru-baru ini ada pihak cuba meletakkan kesalahan kepada kerajaan negeri punca kematian penduduk Orang Asli di Kuala Koh.

Sedangkan apa yang berlaku kematian penduduk terbabit berpunca demam campak dan bukan pencemaran sungai seperti didakwa pihak terbabit. – HARAKAHDAILY 29/7/2019