19
Thu, Sep
52 Artikel Baru

Bengkel Nuqaba perkemas agenda tarbiyah Muslimat

Berita
Typography
NIBONG TEBAL: Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan Muslimat PAS Kawasan Nibong Tebal telah menganjurkan Bengkel Bina Nuqaba 1.0 bertempat di PASTI Al-Fateh, Taman Ilmu, di sini kelmarin.
 
Antara objektif pelaksanaan bengkel adalah untuk menyelaraskan pengendalian usrah serta penyusunan halaqah Muslimat di peringkat Cawangan dan entiti di bawah seliaan seperti Ameerah, Nusaibah dan Briged.
 
Seramai 26 peserta terlibat yang telah dimulai dengan pembukaan oleh Ketua Muslimat PAS Nibong Tebal, Norlia Yusuf di mana beliau telah mempertegaskan kepentingan mendekatkan diri kepada Allah.
 
Sebanyak empat slot pembentangan diikuti para sepanjang bengkel sehingga tengahari itu yang juga memerlukan para peserta melafazkan baiah untuk melaksanakam usrah dengan penuh dedikasi dan amanah.
 
Majlis penutup telah disempurnakan dengan motivasi yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Muslimat PAS Nibong Tebal, Ustazah Dina Omar. - HARAKAHDAILY 30/7/2019