19
Thu, Sep
44 Artikel Baru

JPro anjur wacana sedar kesan projek PTMP, PSR

Berita
Typography
PERMATANG PAUH: Jabatan Profesional Muda (JPro) Pemuda PAS Pulau Pinang telah menganjurkan wacana kesedaran mengenai Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).
 
Penerangan yang membentangkan ancaman terhadap survival ummah khususnya di negeri ini itu telah dilangsungkan di Dewan An-Nahdhoh Inn, Kubang Semang, di sini kelmarin.
 
Turut diperjelaskan kepada hadirin adalah mengenai projek Tambakan Selatan Pulau Pinang (PSR), serta dibincangkan resolusi selain perkongsian idea melibatkan pelbagai kepakaran.
 
Antara mereka yang hadir pada wacana ini meliputi anggota dari bidang ekonomi, pengurusan, persekitaran, selain mahasiswa dan juga wakil dari Badan Bukan Kerajaan (NGO).
 
Setiausaha Pertubuhan Tanah dan Teroka Bandar (TEROKA), Dr Azrol Al-Filfilani selaku panel membentangkan susur galur projek PSR sejak 2008 itu.
 
Manakala Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Zikri Ismail mengutarakan idea-idea solusi untuk diangkat dan pandangan dari kaca mata aktivis.
 
Peserta turut dilibatkan dalam sesi khas sumbang saran serta pembentangan solusi mengikut kumpulan terhadap permasalahan yang dibincangkan tajuknya.
 
Seluruh aspek program ini dilihat memberi momentum kesedaran dan kebangkitan hasil kesediaan untuk para peserta terlibat secara lebih proaktif dalam menggerakkan isu ini. - HARAKAHDAILY 2019