17
Tue, Sep
32 Artikel Baru

Alam Ria PASTI Tasek Gelugor penuh warna warni

Berita
Typography
TASEK GELUGOR: PASTI Kawasan Tasek Gelugor meneruskan usaha mencungkil dan menggilap bakat anak-anak melalui Alam Ria PASTI yang diadakan di Pusat Pengajian Darul Hadis, Pokok Machang, di sini kelmarin. 
 
Ia merupakan acara tahunan yang bertujuan memilih kumpulan dan peserta terbaik untuk mewakili PASTI Tasek Gelugor ke peringkat Alam Ria PASTI Negeri Pulau Pinang.
 
Antara acara dipertandingkan ialah khutbah, azan, pidato, kalam jamaie, nasyid, bercerita, sajak dan hafazan yang menyaksikan persaingan antara 12 Cawangan PASTI dalam Tasek Gelugor.
 
Keputusan menyaksikan PASTI Kamalul Hidayah dinobatkan sebagai johan keseluruhan dengan meraih hampir semua kemenangan pada acara pertandingan yang disertai.
 
Perasmian penutup disempurnakan Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Sobri Salleh yang berharap program sebegini mendapat sokongan tidak berbelah bahagi dari waris demi pendidikan generasi Islam.
 
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Tasek Gelugor, Ustaz Abdul Razib Abd Rahim. - HARAKAHDAILY 30/7/2019