17
Tue, Sep
32 Artikel Baru

Munaqasyah PAS Bangi kupas ucapan dasar

Berita
Typography
BANGI: PAS Kawasan Bangi telah menganjurkan program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden bertempat di Dewan Seri Kasih, Bandar Tun Hussin Onn, di sini semalam.
 
Program bertujuan untuk mengupas inti pati Ucapan Dasar Presiden PAS semasa Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali Ke-65 di Bandar Indera Mahkota, Pahang 22 Jun lalu. 
 
Hadir bersama pada program tersebut antaranya ialah Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi dan Setiausaha Politik Presiden PAS, Syahir Sulaiman dan Yang Dipertua PAS Bangi, Ustaz Mohd Shafie Ngah.
 
Majlis turut diserikan dengan kehadiran pimpinan PAS dari Urusan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Dewan Himpunan Penyokong PAS serta PAS Cawangan-cawangan.
 
Program dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh Ustaz Mohd Shafie dan diteruskan dengan perbincangan intipati ucapan dasar itu dikendalikan oleh Syahir yang turut melibatkan sesi soal jawab bersama para hadirin.
 
Intipati perbincangan berkisar konsep "Islam Memimpin Perpaduan", cabaran memimpin perpaduan serta prinsip dalam melakukan kerjasama politik. - HARAKAHDAILY 31/7/2019