17
Tue, Sep
32 Artikel Baru

Sumbangan warga Al-Ansar Cheras ke Bkt Gantang

Berita
Typography

BUKIT GANTANG: Jemaah Surau Al-Ansar, Cheras dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Bukit Gantang telah mengadakan Majlis Sumbangan Asnaf.

Program bertujuan menyampaikan bantuan kepada warga asnaf yang tinggal sekitar Bukit Gantang ini telah dilangsungkan di Surau Ahmadiah, Sungai Petai, di sini kelmarin.

Kehadiran rombongan ahli jemaah Surau Al-Ansar diketuai Hanafi Hasan telah disambut mesra oleh Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad serta para pimpinan PAS Bukit Gantang.

Misi sumbangan kali ketiga ini bertujuan merapatkan ukhuwah dengan penduduk Bukit Gantang, di mana Ustaz Idris merupakan pengkuliah Subuh tetap di surau mereka setiap bulan.

Seramai 100 warga asnaf menerima pek sumbangan disediakan jemaah Surau Al-Ansar di mana terdahulu majlis dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Idris.

Turut memeriahkan majlis adalah pemberian saguhati kepada para kanak-kanak yang hadir serta semua para tetamu dan asnaf diraikan menjamu selera bersama. - HARAKAHDAILY 1/8/2019

IMG 20190801 WA0018