17
Tue, Sep
32 Artikel Baru

PAS Bukit Mertajam kehilangan permata juang

Berita
Typography
BUKIT MERTAJAM: PAS Cawangan Bukit Teh dikejutkan dengan pemergian permata perjuangan mereka, Anuar Yusuf yang menghembuskan nafas terakhir di kediamannya, di sini kira-kira jam 3:30 petang semalam.
 
Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk bedah siasat, sebelum kembali ke rumah untuk disempurnakan urusan mandi dan kafan serta disolatkan hingga selamat disemadikan.
 
Arwah sepanjang hayatnya banyak menyumbang tenaga serta kebajikan dalam program anjuran PAS Kawasan dan Cawangan, selain dikenali ramai kerana mengurus Kedai Makan Pokok Buluh miliknya di Tokkun, di sini.
 
Hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham adalah Ketua Ulamak PAS Pulau Pinang, Ustaz Ahmad Tajuddin Abu Bakar dan Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Mertajam, Norazman Ishak.
 
Solat jenazah telah diimamkan anak arwah sendiri iaitu Mohamad Danial Anuar yang disertai para pimpinan PAS di Masjid Jamek Ar-Rahman, Kampung Bukit Teh sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Teh.
 
Ramai anggota Jabatan Amal Malaysia Bukit Mertajam dan Batu Kawan hadir menyempurnakan pengkebumian jenazah, manakala talqin diketuai Imam Masjid Ar-Rahman, Ahmad Adam dan Yahaya Robi.
 
Ketua PAS Bukit Teh, Rosni Ibrahim yang hadir menziarahi jenazah merakamkan takziah buat isteri serta kaum keluarga arwah dan berharap mereka tabah dan sabar menerima ketentuan Allah S.W.T. - HARAKAHDAILY 1/8/2019
IMG 20190801 WA0025