21
Sat, Sep
30 Artikel Baru

GPS diyakini mampu pertahan Sarawak

Ahmad Maslan menyampaikan ceramah di Dewan Jubli Perak.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diketuai Dato’ Partinggi Abang Johari Tun Openg diyakini mampu mempertahan kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato’ Seri Ahmad Maslan berkata, beliau kenal rapat Abang Johari yang mengetuai kerajaan Sarawak sekarang.

Katanya gabungan parti tersebut yang mana sebelum ini merupakan kompenan Barisan Nasional (BN) menerajui kerajaan negeri dengan cemerlang.

“Kita yakin dengan perkembangan yang berlaku sekarang Sarawak kekal di bawah GPS pada pilihan raya negeri nanti,” katanya pada ceramah di Dewan Jubli Perak di sini malam tadi.

Hadir sama Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad, Setiausaha Agung Dato’ Takiyuddin Hassan, Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Bharu Dato’ Dr Ramli Mamat, Naib Yang Dipertua Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi dan Ketua Muslimat PAS Kota Bharu Rohani Ibrahim.

GPS ditubuh pada 12 Jun 2018 terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 diadakan pada 7 Mei 2016. Ini bermakna tempoh penggal kerajaan sekarang akan berakhir Mei 2021.

Malah pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) sudah bertali arus mengunjungi Sarawak dan baru-baru ini mereka mengadakan majlis makan malam di Kuching. – HARAKAHDAILY 1/8/2019