17
Tue, Sep
32 Artikel Baru

Padang bola medan PAS-Umno pupuk perpaduan

Berita
Typography
BUKIT  MERTAJAM: PAS Cawangan Taman Alma Jaya telah menganjurkan perlawanan bola sepak persahabatan antara veteran PAS dan Umno yang berlangsung di Padang Awam Taman Alma Jaya, di sini kelmarin.
 
Aktiviti tersebut menjadi sebahagian usaha mengukuhkan agenda perpaduan kedua pihak ke arah menggerak dan menjayakan lebih banyak tindakan bersama yang akan disusun selepas ini.
 
Dijayakan Ketua PAS Taman Alma Jaya, Saharudin Satar, program ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Bukit Mertajam, Hussein Sazlan Ghazali.
 
Juga Ketua Penerangan PAS Bukit Mertajam Azmi Jamri dan Ketua Umno Taman Alma Jaya, Yaakob Abu Bakar yang turut serta merangsang kemeriahan penganjuran julung kali itu.
 
Hussein dalam ucapan berselorohnya mengingatkan bahawa cabaran membela agama dan bangsa lebih memenatkan dan memerlukan ketahanan fizikal dan mental lebih kuat dari bersukan itu. - HARAKAHDAILY 1/8/2019