17
Tue, Sep
45 Artikel Baru

Solidariti rakyat Kelantan pertahan Dr Zakir

Berita
Typography

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan perlu mempamerkan semangat solidariti bersama Dr Zakir Naik ketika ada pihak mendesak pendakwah terkenal tersebut dihantar pulang ke India.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, orang ramai berpeluang memenuhi Stadium Sultan Muhammad Ke IV pada malam Jumaat hadapan bagi menyokong Dr Zakir.

Katanya Dr Zakir akan berada di Kelantan bermula 7 Ogos ini dan kemuncaknya pada malam 9 Ogos beliau akan menyampaikan pidato di Stadium Sultan Muhammad IV.

“Hanya melalui kebangkitan rakyat sahaja yang mampu untuk menghalang kerajaan menghantar pulang Dr Zakir ke India seperti dikehendaki pihak tertentu,” katanya pada kuliah di Medan Ilmu hari ini.

Kelmarin veteran DAP Lim Kit Siang bersetuju dengan saranan penulis Anas Zubedy agar Dr Zakir meninggalkan Malaysia secara sukarela.

Malah hujah itu dipertahankan seorang lagi pemimpin DAP, Ramkarpal Singh yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor turut menggesa Dr Zakir diekstradisi ke India atas sebab undang-undang.

Bagaimanapun sebelum Interpol menolak permohonan kerajaan India untuk memasukkan Dr Zakir dalam notis merahnya, dalam usaha membawanya kembali ke India untuk dibicarakan di mahkamah.

Ahmad Fadhli yang juga ahli parlimen Pasir Mas berkata, hanya melalui kebangkitan rakyat sahaja dapat menghalang usaha pihak tertentu menghalang Dr Zakir berdakwah di negara ini. – HARAKAHDAILY 2/8/2019