19
Thu, Sep
52 Artikel Baru

Hak dan nasib penduduk Pasir Gudang: Apa solusi?

Berita
Typography
ANCAMAN Kesihatan dan Keselamatan Penduduk Pasir Gudang
 
Ancamankesihatan dan keselamatan akibat tragedi pencemaran pembebasan gas dan sisa toksik amat meresahkan penduduk di Pasir Gudang. Pengulangan tragedi pencemaran itu telah menimbulkan tanda tanya masyakarat, apakah tahap jaminan kesihatan dan keselamatan meraka untuk meneruskan kehidupan?
 
Menilai tragedi tersebut dan laporan kajian alam sekitar yang pernah dilakukan memaparkan kemerosotan penjagaan alam sekitar yang mampu membahayakan kehidupan penduduk dan ekosistem alam di Pasir Gudang sekiranya tidak ditangani dengan betul.
 
Laporan akhbar tempatan menyenaraikan 8 Sungai di Pasir Gudang berada dalam keadaan kotor dan busuk. Keadaan pencemaran itu juga dikaitkan dengan peningkatan pencemaran di Selat Johor.(1)
 
Merujuk laporan akbar dan hasil kajian penyelidikan yang pernah dilakukan memaparkan kesan pencemaran sisa domestik dan industri yang bertoksik seperti polycyclic aromatic hydrocarbons dan logam berat termasuk plumbum, kromium, cadmium, arsenik dan nikel yang pernah mencapai paras tertinggi melebihi 1.5 ppm, berbanding bawah paras bahaya iaitu 1.0 ppm, pada 2013, 2014 dan 2015.(1)(2)(3)
 
Peningkatan aktiviti pencemaran yang telah berlalu secara beterusan ini seolah-olah tidak terbendung lagi apabila peristiwa pencemaran Sungai Kim-Kim mengancam kesihatan dan keselamatan penduduk di Pasir Gudang.
 
Kegusaran itu kian membarah dengan kes pencemaran gas bertoksik (methyl mercaptan, and acrylonitrile and acrolein) yang diklasifikasikan  sebagai gas luar dari kebiasaan. Gas tersebut dikesan telah dibebaskan daripada tiga industri  kimia yang tidak dinamakan.(4) Persoalanya apakah tindakan yang telah diambil ketas mereka yang tidak bertangungjawap membahayakan kesihatan dan keselamatan penduduk yang terlibat?
 
Jaminan keselamatan oleh pihak kerajaan dan cadangan untuk tindakan
 
Dengan jumlah operasi kira-kira 257 industri berasaskan kimia di Pasir Gudang apakah jaminan Kerajaan PH kepada penduduk di Pasir Gudang agar perkara seumpama ini tidak berulang lagi?
 
Rakyat mempunyai hak untuk menuntut jaminan keselamatan dan kesihatan mereka bagi meneruskan kehidupan. Langkah bagi membendung ancaman seumpama ini tidak berulang lagi perlu disegerakan oleh Kerajaan PH.
 
Jarak Zon penampan yang sedia ada seperti kategori industri rendah (50 meter), industri sederhana (250 meter) dan industri berat (500 meter) perlu dikaji semula dan diperkukuhkan dengan mewujudkan infrastruktur pusat pemantauan kualiti udara atau commanding center yang menilai dan melaporkan kualiti udara semasa.
 
Hal ini penting kerana terdapat kediaman dan pusat pendidikan yang terletak berhampiran operasi kawasan industri. Selain itu, jumlah penduduk yang kian meningkat dengan tawaran peluang pekerjaan semasa memerlukan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lebih terjamin.
 
Selain itu juga, penduduk juga perlu didedahkan dan dibekalkan dengan panduan keselamatan ancaman pencemaran toksik melalui pemberian latihan dan penerangan.
 
Penduduk juga perlu diberi hak untuk mengetahui jenis dan kandungan bahan yang dibebaskan oleh industri kimia yang berhampiran kediaman mereka. Justeru inventori pembebasan tosik oleh industri yang beroperasi perlu di wujudkan bagi meningkatkan kepekaan dan tanggungjawap penduduk dan pemilik industri.
 
Peranan dan kepekaan penduduk amat penting bagi mendesak pengawalan dari segala bentuk pembebasan bahan kimia yang mampu mengugat keselamatan dan kesihatan mereka. 
 
Penambahan dan peningkatan piawaian tahap minimum pembebasan setiap jenis bahan kimia dari industri perlu di pebaharui agar menjamin keselamatan dan kesihatan penduduk yang terlibat.
 
Dalam pada itu, undang-undang yang sedia ada seperti Environmental Protection and Anti-Corruption Caucus (EPACC) bagi menangani salah laku rasuah berkaitan pencabulan alam sekitar dan pelindungan identiti pemberi maklumat seperti mana yang diperuntukkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 akta Pelindungan Pemberi Maklumat 2010 [Akta 711] perlu di perkasakan perlaksanaanya dan dihebahkan secara meluas.
 
Perhatian terhadap setiap perkara ini amat penting agar tragedi pencemaran sungai dan pembebasan gas tercemar yang diklasifikasi sebagai gas luar biasa tidak berulang lagi.
 
Koordinator Kajian Dasar & Solusi Isu - HARAKAHDAILY 2/8/2019
 
Rujukan
(2) Distribution and sources of linear alkyl benzenes (LABs) in surface sediments from Johor Bahru Coast and the Kim Kim River, Malaysia. Environmental forensics VOL. 17, NO. 1, 36–47, 2016
(3) Distributions, Composition Patterns, Sources and Potential Toxicity of Polycyclic Aromatic Hydrocarbons (PAHs) Pollution in Surface Sediments from the Kim Kim River and Segget River, Peninsula Malaysia. Pertanika J. Sci. & Technol. 26 (1): 95 - 120 (2018)
20190722 123006
 
20190722 123033