21
Tue, May
17 Artikel Baru

Muktamar Ulamak lulus usul kaji tahaluf PKR

Berita
Typography

MUKTAMAR Dewan Ulamak hari ini melulus dan menerima usul bagi mengkaji semula tahaluf siyasi dengan PKR.

Usul tersebut dibawa Dewan Ulamak PAS Negeri Sembilan dan Dewan Ulama Pas Perak.

Usul tersebut dibentang Mohd Husaini dari Dewan Ulamak Negeri Sembilan.

Antara lain usul tersebut menyebut PKR masih lagi mengekalkan hubungan dalam Pakatan Harapan yang dianggotai DAP jelas menentang perjuangan PAS.

Selain itu tiada semangat setiakawan PKR yang menerima keahlian anggota parlimen PAN ketika masih lagi mempunyai hubungan tahaluf dengan PAS.

"Pemimpin PKR juga tidak menghargai pengorbanan akar umbi PAS yang membantu mereka dalam pilihan raya lepas," katanya.

Menurutnya sekarang bukan lagi peringkat mengkaji tahaluf, sebaliknya memutus atau tidak hubungan dengan PKR.

Pengerusi jawatankuasa usul Dewan Ulamak Datuk Dr Khairuddin Aman Razali berkata tahaluf siyasi  tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulama berdasar perlembagaan parti. – HARAKAHDAILY 27/4/2017