17
Tue, Sep
45 Artikel Baru

Pemuda Parit Buntar prihatin anggota AMAL

Berita
Typography
PARIT BUNTAR: Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar telah ziarah anggota Jabatan Amal Parit Buntar, Ahmad Pohad Dahalan yang masih terlantar sakit di kediamannya di Parit Satu, Titi Serong, di sini semalam.
 
Menurut anaknya, Muhammad Jeefry Ahmad Pohad, ayahnya mengalami kecederaan teruk di bahagian leher setelah terlibat kemalangan jalan raya, baru-baru ini. 
 
Jelas beliau, berikutan keadaan itu, bapanya mengalami hilang keupayaan di mana hanya boleh minum susu khas melalui tiub minuman yang disalurkan melalui pernafasan hidung.  
 
Ahmad Pohad adalah salah seorang anggota Jabatan Amal Parit Buntar yang aktif dan sentiasa bersedia dalam melaksanakan tugas diarahkan parti.
 
Ziarah tersebut dipimpin Naib Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, Ustaz Muhd Hakimi Hamzi Mohd Hayat yang berharap kesedaran dan kefahaman kepentingan menjaga kebajikan ahli dipikul bersama.
 
Timbalan Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Pemuda PAS Parit Buntar, Mahyuddin Daud berharapan masyarakat juga dapat membantu meringankan beban mangsa dari sudut kewangan dan sokongan moral.
 
Sumbangan berupa wang telah disampaikan sempena ziarah itu yang merupakan hasil dari kutipan bulanan Dewan Pemuda PAS Parit Buntar. - HARAKAHDAILY 3/8/2019
IMG 20190803 WA0068