19
Thu, Sep
52 Artikel Baru

Sukan Tahunan PASTI As-Syakirin Bangi Kali Ke-23

Berita
Typography
BANGI: PASTI As-Syakirin Fasa 2 telah menganjurkan Sukan Tahunan Kali Ke-23 bertempat di Padang Permainan Seksyen 2/4, Bandar Baru Bangi, di sini hari ini.
 
Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Bangi, Ustaz Mohd Idris Mohd Yusof ketika merasmikan berucap, pembinaan insan-insan hebat adalah bermula sejak kecil sebagaimana dikisahkan Al-Quran.
 
"Kita melihat kisah sejarah dalam Al-Quran memaparkan tokoh Ghulam dalam kisah Ashabul Ukhdud yang dididik oleh Rahib sebagai murabbinya sehingga menjadi pejuang hebat. Begitu juga kisah Maryam yang merupakan tokoh wanita syurga terbaik didunia dididik oleh Nabi Zakaria A.S.
 
"Sebenarnya PASTI membuktikan PAS bukan semata-mata parti yang terlibat dengan politik, tetapi menjadi ruang kepada ahli-ahlinya untuk berbakti kepada masyarakat melalui agenda pendidikan dan kebajikan," tegas beliau. 
 
Sukan kali ini mempertandingkan sembilan acara iaitu larian butang baju, larian ulat gonggok, larian dalam guni, larian isi air dalam botol, larian bomba, larian dalam gelung, larian berganti-ganti dan larian bawa bola ping pong dalam sudu. 
 
Selain itu, terdapat juga acara  larian mesra yang disertai ibubapa pelajar dan rebut gula-gula oleh kanak-kanak yang hadir, selain majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah serta pemberian saguhati kepada para guru PASTI.
 
Tempat pertama dimenangi oleh Pasukan Merah, tempat kedua oleh Pasukan Hijau, manakala tempat ketiga oleh Pasukan Kuning di mana pemenang tempat pertama mendapat piala pusingan yang pertama kali diperkenalkan pada sukan kali ini. - HARAKAHDAILY 3/8/2019
IMG 20190803 WA0082
 
IMG 20190803 WA0081