19
Thu, Sep
52 Artikel Baru

LPWK Muslimat tinjau perkembangan TASTI

Berita
Typography
PEKAN: Lajnah Pembangunan Keluarga dan Wanita (LPKW) Muslimat PAS Negeri Pahang dan LPKW Muslimat PAS Kawasan Pekan telah mengadakan lawatan kerja ke TASTI Ummu Aiman, Taman Sepekan Jaya, di sini kelmarin.
 
Kunjungan tersebut diketua Pengerusi LPKW Pahang, Maziyah Mahussien dan Ketua Muslimat PAS Pekan, Razana Mohamad serta Ketua LPKW Kawasan Paya Besar, Raihana Mohd dan Ketua LPKW Kawasan Kuantan, Kamariah Din.
 
Kunjungan ini bagi melihat perkembangan operasi serta memberi pendedahan kepada LPKW Muslimat PAS Kawasan lain untuk menimba pengalaman bagi memulakan inisiatif sama di kawasan masing-masing.
 
TASTI Ummu Aiman sebagai pusat jagaan pada ketika ini mempunyai dua guru dan seorang pembantu, serta sembilan kanak-kanak dan bayi di mana akan dijaga secara harian sehingga mereka berusia empat tahun.
 
TASTI juga merupakan pusat perkembangan dan pendidikan awal yang menekankan penerapan bahasa naqli dan aqli, akhlak dan sosial, juga pembangunan sunnatullah dan kekhalifahan bermodulkan Asma Ul Husna.
 
Hadir sama pada lawatan itu adalah Pengerusi TASTI Ummu Aiman, Harison Md Amin dan sebagai entiti baharu, TASTI ini memerlukan dana operasi yang boleh disumbangkan ke akaun Bank Islam 06073010006414 atau hubungi 01157056284 (Siti Hajar). - HARAKAHDAILY 5/8/2019