19
Thu, Sep
52 Artikel Baru

Bayi 'Hydrocephalus' perlukan keprihatinan umat

Berita
Typography

TAMBUN: Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun, Ustaz Hafez Sabri dan Ustaz Fariq Izwan Md Baharin telah menziarahi bayi 8 bulan yang menghidap 'Hydrocephalus', semalam.

Lawatan melihat Adam Mikhail Muzammil yang mengalami lebihan air di dalam kepala itu diadakan Hafez dan Fariz di kediaman keluarga bayi tersebut di Jalan Perwira, Kampung Manjoi, di sini.

"Sumbangan orang ramai sangat diperlukan segera untuk membantu adik Adam Mikhail. Mungkin nasibnya tidak sebaik anak dan cucu kita yang dikurniakan kesihatan yang baik, tapi kita usahakan bersama membantu anak ini," serunya.

Beliau yang juga Pengerusi Prihatin Rakyat Dun Manjoi merayu sumbangan berbentuk derma, infak, sedekah dan zakat bagi menampung keluarga bayi itu membesarkannya.

Adam Mikhail juga akan menjalani pembedahan dalam masa terdekat dan perlu dirawat dengan segera supaya air dalam kepalanya tidak berlebihan sehingga membesar secara tidak normal.

Ayahnya, Muzammil Mad Dasa, 29, hanya bekerja sendiri tanpa pendapatan tetap, sementara ibunya, Aida Nadia Khairul Rizal, 23, tidak bekerja kerana sepenuh masa menjaga Adam Mikhail dan kakaknya yang berusia 3 tahun.

Orang ramai yang mahu bersama membuat amal jariah boleh salurkan sumbangan ke akaun Bank Islam Pertubuhan Kebajikan Amilin Malaysia, 08-013-01-008715-1 atau hubungi Ustaz Hafez di talian 013-319 0807. - HARAKAHDAILY 8/8/2019

IMG 20190808 WA0027