19
Thu, Sep
39 Artikel Baru

Isteri, anak Dr Zakir bantu usaha dakwah

Mumtaz Md Nawi berucap pada program di Dewan Yik.

Berita
Typography

KOTA BHARU: Ketika Dr Zakir Naik berceramah tidak kurang 27 negara menonton siaran langsung yang disiarkan melalui internet.

Anggota Exco kerajaan negeri Mumtaz Md Nawi berkata, lebih mengkagumkan lagi usaha dakwah Dr Zakir turut dibantu isteri dan anak-anaknya.

Katanya, kerja untuk memartabatkan Islam bukan hanya dilakukan seorang ayah sahaja.

“Kerja mereka bukan sekadar di belakang tabir, sebaliknya isteri serta anak-anaknya mampu menyampaikan hujah di atas pentas di hadapan orang ramai.

“Ia mengulangi sejarah Asma Abu Bakar mendokong dakwah ayahnya ketika awal kebangkitan Islam.

“Jangan tunggu kita jadi perfect dahulu baharu nak mula dakwah,” katanya pada program Muslimah Students Talk di Dewan Yik di Nilam Puri hari ini.

Program terbabit sebahagian aktiviti Jelajah Dakwah Dr Zakir Naik ke Kelantan 2019 yang bermula semalam sehingga malam esok.

Hadir sama isteri dan anak Dr Zakir iaitu Zikra, Rushda dan Farhat pada program berkenaan.

Mumtaz juga berkata, sejarah dakwah di Kelantan bermula apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menubuh Bahagian Dakwah Halaqat dengan menggerakkan program dakwah di seluruh jajahan secara lebih sistematik. – HARAKAHDAILY 8/8/2019