17
Tue, Sep
32 Artikel Baru

Pemuda Tasek Gelugor ziarah kebajikan penduduk

Berita
Typography
TASEK GELUGOR: Program Ziarah Asnaf terus rancak digerakkan di sekitar Pulau Pinang dan tidak berkecuali PAS Kawasan Tasek Gelugor yang diadakan di Teluk Air Tawar di sini, kelmarin.
 
Ziarah ini bertujuan untuk membantu mengurangkan kesulitan dihadapi golongan tersebut dan membuktikan PAS merupakan parti yang mementingkan kebajikan saudara se-Islam. 
 
Ziarah kali ini turun bersua muka dengan seorang suri rumah, Norliza Zubir yang telah ditinggalkan suami usai habis berpantang di mana beliau mempunyai empat anak berusia 6, 5 dan 3 tahun serta bayi baru dilahirkan. 
 
Untuk meringankan beban yang dihadapi oleh beliau, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Tasek Gelugor, Rosli Yusuf telah menghulurkan sumbangan. 
 
Turut hadir di dalam program ziarah ini ialah Timbalan Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Tasek Gelugor, Azri Juwaidi dan Pengerusi Lajnah Kebajikan Muslimat Tasek Gelugor, Noraini Saad. - HARAKAHDAILY 8/8/2019
20190808 193704