17
Tue, Sep
32 Artikel Baru

PAS Kuala Krau ke Pejabat Agama Islam Temerloh

Berita
Typography
TEMERLOH: PAS Kawasan Kuala Krau telah mengadakan kunjungan ziarah mahabah ke Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh yang terletak di tengah-tengah bandar ini, di sini hari ini.
 
Pertemuan ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim khususnya antara pimpinan PAS Kuala Krau dengan para Pegawai Agama dan kakitangan Pejabat Agama Temerloh.
 
Kunjungan PAS Kuala Krau ini diketuai Yang DiPertua, Ustaz Shahril Azman Abd Halim al-Hafiz yang juga Adun Jengka dan Timbalan Yang DiPertua, Ustaz Kamal Ashaari bersama rombongan.
 
Delegasi telah disambut sendiri oleh Kadi Temerloh, Ustaz Abd Aziz Abd Karim dan Timbalan Temerloh, Ustaz Mohd Zubir Abdul Latef yang mengalu-alukan kedatangan tersebut.
 
Pada pertemuan tersebut, kedua pihak telah menyampaikan hasrat serta pandangan berhubung isu dan permasalahan umat Islam khususnya dalam Parlimen Kuala Krau.
 
Menurut Ustaz Shahril, pertemuan tersebut telah menyatu kesepakatan untuk bersama bagi mendaulatkan Islam, malah pihak Kadi, Ustaz Abd Aziz juga berharap pertemuan seumpama diadakan lagi. - HARAKAHDAILY 8/8/2019
IMG 20190808 WA0084