19
Thu, Sep
52 Artikel Baru

Exco Agama tukar ‘menyalak’ jadi ‘berbunyi’

Berita
Typography

ALOR SETAR: Sikap Dato' Dr Ismail Salleh tidak mencerminkan keperibadian sebagai Exco Agama Kerajaan Negeri Kedah, apabila memuat naik status di laman sosialnya mengumpamakan tindakan Adun Pembangkang memprotes projek Kuari Batu Kapur di Gunung Pulai sebagai ‘menyalak’.

Status yang dimuat naik semalam, beberapa minit sebelum berakhirnya Sidang Dun pada hari ketiga itu berbunyi: "Isu Gunung Pulai: Pembangkang menyalak kuat di luar, sunyi sepi di dalam".

Muhammad Sanusi Mohd Nor (PAS-Jeneri) ketika sesi soal jawab hari ini memohon penjelasan adakah Adun Pengkalan Kundur itu mempunyai masalah mental sehingga sanggup menyamakan suara bantahan itu dengan istilah menyalak.

"Soalan saya adakah Yang Berhormat Pengkalan Kundur mengalami masalah mental apabila memuat turun status dengan menggunakan istilah menyalak?" soal beliau.

Ekoran itu, exco berkenaan menarik balik pengguna istilah tersebut dan menukarkannya dengan perkataan ‘berbunyi’.

Namun tuduhan kononnya pembangkang sepi di dalam dewan sama sekali tidak berasas memandangkan isu berkenaan disuarakan oleh Mohd Nasir Idris (PAS-Bayu) ketika berucap membahas Usul Menjunjung Kasih Titah Tuanku Sultan pada sesi petang hari yang sama. – HARAKAHDAILY 8/8/2019