20
Sun, Oct
24 Artikel Baru

PAS Kedah sedia sambut ribuan perwakilan

Berita
Typography

PAS Kedah sebagai tuan rumah sedang giat mengadakan persiapan terakhir bagi menyambut 1,200 perwakilan dari seluruh negara.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi berkata, persediaan sehingga kini ia berjalan lancar sebagaimana perancangan.

Menurutnya, ketiga-tiga sayap parti, Dewan Ulamak, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda telah menyelesaikan muktamar masing-masing.

"Persiapan kita sehingga hari ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Esok akan bermula perasmian Muktamar Tahunan PAS Pusat Kali ke-63.

"Kini semua perwakilan dan permerhati sedang mengambil kad masing-masing," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat PAS Pusat di Kompleks PAS Kedah di sini.

Turut hadir Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul 'Am, Ustaz Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob dan semua kepimpinan PAS Pusat.

Ahmad Fakhruddin menasihati semua pihak yang terlibat agar tidak risau terhadap faktor keselamatan bangunan baru PAS Negeri Kedah di Kota Sarang Semut.

"Keselamatan di sini kita jaga dengan baik dan ia tidak menjadi masalah kepada semua perwakilan dan pemerhati yang hadir pada Muktamar kali ini," katanya. – HARAKAHDAILY 28/4/2017